2016 Oct 17 By adminkts 0 comment

SIMPOSIUM ANJAKAN PARADIGMA KESIHATAN 

KUALA TERENGGANU SPECIALIST HOSPITAL 10 TAHUN BERSAMA ANDA

 

Kuala Terengganu –Kuala Terengganu Specialist Hospital (KTS) julung kalinya menganjurkan Simposium Anjakan Paradigma Kesihatan setelah 10 tahun beroperasi semenjak dibuka pada tahun 2006.

 

Berlangsung pada 10 Oktober 2016 (Isnin) di Hotel Permai, Kuala Terengganu, Simposium ini dirasmikan oleh YB Tuan Hj. Roslee Daud iaitu Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat Negeri Terengganu.

 

KTS Hospital sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan perubatan dan kesihatan masyarakat Terengganu. Ini boleh dilihat daripada statistik pesakit yang meningkat purata 16% setiap tahun dan terbukti apabila semakin banyak syarikat-syarikat insurans menjadikan KTS Hospital sebagai hospital panel untuk para pelanggan mereka.

Sebagai menghargai sokongan masyarakat, KTS Hospital mengambil inisiatif menganjurkan symposium ini sempena 10 tahun bertapaknya hospital ini di negeri Terengganu. Untuk manfaat peserta, KTS Hospital membawakan para pembentang yang berpengalaman dan pakar dalam bidang masing-masing iaitu Dato’ Dr. Jimmy Lee Kok Foo (Pakar Perubatan Kanak-kanak), Dr. Noraffendie Mat Jusoh (Pakar Telinga, Hidung, &Tekak), Dr. Hasnan Muhammad Noor (Pakar Pembedahan Am & Hepatobiliary), Dr. Mohamad Yusof Mohd Kassim (Pakar Perbidanan & Sakit Puan).

Dalam masa sepuluh tahun, KTS Hospital terus berkembang disebalik pelbagai cabaran. Mula menerima pesakit dengan hanya mampu menampung 18 buah katil. Pada tahun 2012, KTS Hospital telah meningkatkan beroperasi kepada 33 buah katil.

Kini warga Terengganu mampu tersenyum dengan pertambahan perkhidmatan kepakaran yang ditawarkan oleh KTS Hospital yang memberi khidmat lebih ramai doktor pakar berpengalaman, Pusat MRI, CT Scan, dan Pusat Pakar Mata. Dalam masa terdekat KTS Hospital bakal berpindah ke bangunan yang lebih selesa, dengan suasana mesra Terengganu, fasiliti terbaru dan terkini. KTS Hospital juga berusaha meningkatkan perkhidmatan kepakaran seperti mewujudkan pilihan doktor wanita bagi Pakar Perbidanan dan Sakit Puan kepada pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat doktor wanita.

Simposium selama satu hari ini dihadiri oleh Doktor, Jururawat, Pegawai Farmasi, Pegawai Pemakanan, pelajar perubatan, kakitngan organisasi kerajaan dan juga orang awam. Peserta yang merupakan kakitangan kesihatan profesional akan memperolehi mata Continuous Professional Development (CPD) yang akan diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia & Persatuan Perubatan Malaysia.

Simposium ini merangkumi lima (5) sesi yang meliputi pelbagai tema termasuk;

 

KATEGORI TAJUK PEMBENTANG DOKTOR PAKAR
SLOT A Jom Kurus Kevin Zahri Pakar Fitness
SLOT B Vaksinasi : Antara Tanggapan dan Realiti Dato’ Dr. Jimmy Lee Kok Foo Pakar Perubatan Kanak-kanak KTS Hospital
SLOT C Resdung : Mitos dan Realiti Dr. Mohd Affendie Mat Jusoh Pakar Telinga, Hidung & Tekak, KTS Hospital
SLOT D Batu Karang dan Hempedu – Rawatan Terkini dalam Perubatan Moden Dr. Hasnan Muhammad Noor Pakar Pembedahan Am & Hepatobiliary, KTS Hospital
SLOT E Kuman sebagai Rakan Kesihatan Dato’ Dr. Jamil Abdullah Pakar Pembedahan Am

 

Turut diselitkan dalam aturcara program, sesi forum bertajuk Transformasi ke Arah Gaya Hidup Sihat yang di ketuai Prof. Dr. Mokhtar Awang, Pakar Perbidanan & Sakit Puan dari Kuantan Medical Centre (KMC) di mana sidang panelnya seramai tiga (3) orang iaitu Puan Rashidah Ambak, Pegawai Dietetik dari Institut Kesihatan Umum Malaysia, Dr.Mohamad Yusof Mohd Kassim, Pakar Perbidanan & Sakit Puan, KTS Hospital dan juga Dr.Tarmizy Hassan Mashat, Pakar Perubatan Dalaman & Respiratori dari HSNZ.

Simposium ini telah mendapat kerjasama daripada rakan-rakan tajaan antaranya Permai Hotel, Dutch Lady Milk Industries, IDS Medical Systems (M) Sdn Bhd, Victor Steel Sdn Bhd, Usaha Karisma Enterprise, TT Idea Enterprise, Shutter Point Trading, Prudential BSN Takaful Sdn Bhd, Natural Prebiotics Sdn Bhd, Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd,dan ADW Marketing Sdn. Bhd.

KTS Hospital akan terus berusaha untuk mengadakan program sebegini dengan lebih kerap di masa akan datang, sebagai cabang ilmu bukan sahaja untuk ahli perubatan tetapi untuk mengembangkan ilmu di kalangan masyarakat dan orang awam khasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *